Jumaat, 28 Mei 2010

Kad Pengenalan sempena PRU ?

Oleh Masdar Wahid

TAWAU : Kad Pengenalan atau Identity Card (IC) dikeluarkan sempena pilihan raya antara langkah yang kerap digunakan oleh Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya bukanlah sesuatu yang asing di negeri Sabah.

Kegiatan seumpama itu lebih dikenali sebagai ‘IC Project’ di negeri ini dan dikesan sejak puluhan tahun lalu sebagai antara strategi BN menjadikan negeri ini sebagai simpanan tetap parti itu.

Terbaru, seorang ibu tunggal mendakwa diminta membayar RM50 sebagai pendahuluan untuk mendapatkan 'IC Project'. Beliau yang hanya mahi dikenali sebagai Makcik Sumik mendakwa didatangi oleh seorang ejen yang menurutnya seorang pemimpin Umno.

“Saya didatangi oleh pemuda Umno itu kira-kira November tahun lalu yang meminta saya membayar RM50 sebagai pendahuluan untuk mendapatkan IC segera. Oleh kerana saya tiada wang, saya terpaksa meminjam dengan keluarga sebelum diarahkan menandatangani satu borang berwarna kuning. Apa yang menghairankan saya ialah apabila borang kuning itu hanya memerlukan cop jari dan tandatangan saya walapun apa yang saya tandatangan itu hanyalah di atas sehelai kertas yang kosong. Apabila saya mengajukan soalan mengenai perkara itu, ejen itu hanya mengatakan ‘semuanya beres, nanti kami selesaikan perkara seterusnya,” katanya kepada erapakatan.com.

Sumik yang juga seorang Ibu tunggal memberitahu, IC itu hanya akan boleh digunakan untuk mengundi sempena pilihanraya kerana rekodnya IC itu hanya akan berada pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas pilihanraya. Beliau turut mendakwa, apabila IC itu siap, beliau diminta oleh ejen itu membayar RM600.

“Pemuda itu memaklumkan kepada saya bahawa IC itu akan siap selewat-lewatnya Februari tahun ini tetapi sehingga kini saya tidak tahu apa kesudahannya,” katanya.

Ditanya, mungkinkah itu sindiket dan hanya penipuan semata-mata, beliau menegaskan cukup kenal dengan pemuda itu dan turut mendakwa kerap melihat pemuda itu bersama pemimpin Umno di daerah ini dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh Umno.

Rekod menunjukkan, ‘IC Project’ bukanlah sesuatu yang baru di negeri ini malah strategi yang sama pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan pembangkang dalam satua pilihanraya negeri beberapa tahun lalu di Sabah.

Sementara itu, seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu kedai di bandar ini turut mendakwa pernah ditawarkan oleh orang tertentu untuk perkara seumpama itu tetapi mengabaikannya apabila berlaku kesalahan fakta berhubung tarikh lahirnya dalam IC tersebut.

Pemuda itu mendakwa, ejen itu turut didalangi oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan pemimpin tertinggi BN di Sabah dengan sasaran mereka untuk meramaikan pengundi muda dalam kerusi tertentu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Setiap ejen itu mahukan sekurang-kurangnya 60,000 pengundi baru dalam satu kerusi parlimen tetapi kegiatan itu terpaksa disenyapkan buat sementara waktu selepas dibantah oleh pihak tertentu yang ada kepentingan berkaitan perkara itu,” jelasnya.

Walaupun PRU ke 13 masih jauh, namun pelbagai pihak melihat ia mungkin diadakan antara penghujung tahun ini atau sebelum pelaksanaan GST pertengahan tahun depan.

11 ulasan:

  1. pemberian kad pengenalan kepada warga asing di negeri sabah sebagai pengundi pada masa PRU sudah lama diketahui umum...perkara seumpama harus dihentikan kerana bukan sahaja menafikan hak rakyat tempatan malah pengkhianatan kerana menjual maruah bangsa...SPRM diharap membuka mata dan telinga mereka berhubung dengan dakwaan ini...diharap dakwaan ini disiasat dengan mendalam, jujur, amanah dan telus...

    BalasPadam
  2. projec IC ini telah lama berlaku di negeri ini terutamanya semasa berlakunya pilihanraya umum. ini merupakan satu perbuatan yang mengkhianati bangsa dan negara kita. perkara seperti ini haruslah dihentikan, jika ia berterusan hak dan kepentingan penduduk asal sabah akan terjejas. pihalk berwajib haruslah menyiasat perkara ini dan menghukum dalang disebalik perkara ini.

    BalasPadam
  3. Buli ibu tunggal yang miskin pulak? Memang sial ni kerajaan akan buat begitu. Mana keadilan di sini??

    BalasPadam
  4. mykad tak patut diberikan kepada orang asing, pemberian mykad kepada orang asing akan memberi banyak kesan kepada rakyat sabah. perbuatan ini sama seperti menderhaka kepada negara.

    BalasPadam
  5. beranikah PATI berjumpa dengan wartawan dan menceritakan hal ini?? apa2pun semoga ada pihak yang tampil membongkar isu ini dan sekali gus membanteras aktiviti ini.

    BalasPadam
  6. Perkara ini patut disiasat dan pengkhianat perlu dijatuhkan hukuman berat. This my friend is already considered as 'treason'..SPR, open your eyes widely and unblock your ears. This isu is making everyone goes apeshit.

    BalasPadam
  7. isu sebegini janganlah dianggap betul dan sebelum membuat kesimpulan, ia harus disiasat kerana tuduhan tanpa bukti boleh menjejaskan nama baik SPRM dan BN.

    BalasPadam
  8. bagi saya media boleh siarkan macam-macam berita yang boleh mengelirukan masyarakat. benarkah apa yang dikatakan oleh ibu tunggal ini? SPRM harus membersihkan nama baik mereka supaya perkara ini tidak berlarutan

    BalasPadam
  9. Isu ni mungkin betul mungkin juga tidak. apapun ada baiknya hal disiasat supaya takda pihak yang teraniaya.

    BalasPadam
  10. kalau hal ni betul, aduuii saya tak sabar oo mau dengar pengkhianat bangsa tu dijatuhkan hukuman..
    kalau nda pun, buang ja dia di Avatar, jangan lagi suruh balik sini. hehee

    BalasPadam
  11. Apapun, saya harap jabatan2 yg kena sebut namanya dalam artikel ni, bersihkan semula nama baik kamu. kalau tak, pasti ramai yg akan beranggapan -ve nanti.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.