BERNAMA | ||
|
Unsur sabotaj di kalangan anggota MCA merupakan antara faktor menyebabkan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu. "Ia mungkin menjadi salah satu faktor kerana sekiranya mereka tidak datang dan membantu, saya fikir mereka juga tidak mengundi kepada BN," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Berikutan insiden itu, Dr Chua telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Seri Kong Cho Ha, yang juga ketua penyelaras MCA pusat bagi pilihan raya kecil itu, menyiapkan satu laporan dan analisis berkaitan keputusan pilihan raya kecil tersebut. Katany BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim. Pada pilihan raya umum terakhir pada 2008, 35 peratus masyarakat Cina menyokong BN tetapi merosot kepada 28 peratus pada pilihan raya kecil itu. Dr Chua juga berkata satu sesi sumbang saran akan diadakan pada 18 hingga 20 Jun ini di Port Dickson bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perjuangan parti khususnya persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang. pilihan raya dengan lebih efektif," katanya. Sesi itu juga akan dimanfaatkan untuk memastikan masyarakat Cina memahami gagasan 1Malaysia dan menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya. Ditanya mengenai kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bahawa MCA sebenarnya telah ditolak pengundi Cina sejak pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Chua berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berhak berkata apa sahaja. Sebelum ini Dr Chua menyalahkan kewujudan pertubuhan seperti PERKASA dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang didakwa kurang sensitif, menyebabkan calon BN tidak disokong pengundi Cina.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.