Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan Kelantan berhak mendapat bayaran hasil pengeluaran petroleum di kawasan PM301 bermula 2008 dan 2009. Jumlah keseluruahan yang perlu dibayar kepada Kelantan adalah RM20 juta dan akan dibayar Mac ini oleh Petronas melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Mustapha berkata demikian pada satu majlis forum Royalti Minyak ”Antara Retorik Politik Dan Keperluan Rakyat” di salah sebuah hotel, di sini malam tadi. “Kerajaan Pusat dan Petronas telah bermesyuarat dan Petronas telah memaklumkan bahawa Kelantan layak untuk mendapat wang ihsan sebanyak RM20 juta dan ini adalah bersamaan lima peratus daripada hasil gas di kawasan PM301 dan PM301 ini adalah dalam perairan Malaysia dan Kerajaan Pusat boleh memberi wang ihsan kepada Kelantan,” ujar beliau. Turut menjadi ahli panel pada forum tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. Bagaimanapun, mereka langsung tidak menyentuh Akta Kemajuan Petroleum(PDA) sedangkan Akta Perlombongan Petroleum sebelum ini tidak lagi berfungsi apabila Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) diluluskan oleh Parlimen dan berkuatkuasa. Ahli panel juga tidak mengupas hal yang berkaitan dengan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan ini telah menimbulkan persoalan mengapakah mereka menyembunyikan fakta ini. Beliau juga menegaskan bahawa Kelantan tidak mempunyai hak terhadap minyak yang dikeluarkan di kawasan bertindih di antara Malaysia dan Thailand yang diusahakan bersama iaitu (MTJDA) dan menurut beliau lagi Petronas hanyalah sebagai kontraktor yang dilantik oleh Malaysia untuk bersama-sama kerajaan Thailand dalam mendapatkan hasil tersebut. Forum itu bagaimanapun tidak dibuka kepada sesi soal jawab. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.