Rabu, 27 Januari 2010

Hina Sultan: Kenapa Ini Kamu Tak Kecoh?

SABAH DAILY


“Melayu mudah lupa”. Itu kata Tun Mahathir yang sangat terkenal…..Hari ini, ramai sungguh yang kecoh hal Aduka Taruna tapi lupa nak menyelitkan isu sama yang pernah berlaku di Terengganu pada bulan Mac 2008.

Pada waktu itu, berita NTV7 menyiarkan berita penyokong Idris Jusoh menyanggah keputusan Sultan Mirzan kerana tidak menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

Banyak sepanduk yang dibawa menghina Sultan Terengganu.

Antara sepanduk yang paling ganas berbunyi begini:


“KAMI NAK DERIS NATANG”

Saya percaya, berjuta penonton berita NTV7 yang melihat insiden itu dan beribu-ribu lagi telah menyaksikan ulangtayang berita itu di media internet.

Hari ini, ada pula penyokong PAS yang kata Dewan Pemuda PAS lebih prihatinkan isu Aduka daripada isu yang berlaku di Terengganu itu.

Saya fikir mereka juga sudah lupa.

Pada 25 Mac 2008, Ketua Pemuda PAS pada waktu itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengutuk perbuatan itu dan melaporkan perbuatan itu pada pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.