Rabu, 25 November 2009

Dakwaan Khir Toyo tidak benar

Hadri Yaziz


Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu hari ini menyangkal dakwaan Khir Toyo yang menuduh kerajaan Selangor membelanjakan RM700 ribu untuk kos khidmat guaman berkaitan isu syarikat Talam Corporation Berhad.

Dalam sidang media hari ini, Ronnie berkata, kerajaan negeri tidak akan mengambil khidmat mana-mana peguam memandangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri akan menguruskan isu tersebut.

“Apa yang diperkatakan oleh Khir Toyo di dalam blognya bahawa kami membelanjakan lebih daripada 1 juta untuk mengupah konsultan adalah tidak benar. Kami akan menggunakan Tan Sri Khalid sendiri”.

Beliau juga berkata, dakwaan Khir Toyo yang kerajaan negeri selangor perlu membayar bunga kepada bank sebanyak RM70 ribu sehari adalah tidak benar sama sekali,

“Khir Toyo kata kita perlu bayar bunga setiap hari sebanyak RM70 ribu sehinggalah hutang Talam selesai. Semua ini tidak benar”.

Susulan itu, kerajaan negeri telah melihat satu cara untuk mengiktiraf hutang-hutang tersebut dengan memindahkan aset-aset seperti tanah dan syer berjumlah RM1 billion milik syarikat Talam kepada kerajaan negeri melalui perjanjian novasi.

Modus operandi kerajaan negeri melibatkan dua fasa iaitu pengiktirafan dan penjualan aset.

Kerajaan negeri telah mengiktiraf hutang sebanyak RM392,986,473.00 oleh Talam untuk dikutip oleh Menteri Besar Incoperated (MBI)

Perjanjian novasi ini akan ditandatangani oleh Talam, KHSB, UNISEL, PNSB dan kerajaan negeri bagi memindahkan amaun hutang tersebut selepas ianya disahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.