Selasa, 30 Jun 2009

'Tradisi Umno gemar tabur 1,000 janji' - Tuan Ibrahim

Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai perlu memilih seorang wakil rakyat yang boleh bersama mereka semasa susah dan senang ujar, Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dengan itu katanya, calon yang dikemukakan PAS, Fauzi Abdullah amat serasi dengan jiwa penduduk Manek Urai sebagai seorang yang banyak membantu penduduk sebelum dipilih sebagai calon lagi.

"Berbanding dengan calon Barisan Nasional yang iaitu seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) apa yang dia buat selama bertugas di Manek Urai?" katanya semasa dihubungi Harakah Isnin lalu.

Dakwanya, kawasan Manek Urai sebahagiannya terletak dalam kawasan pembangunan Kesedar tetapi masih ketinggalan dan tidak ada apa yang dibangunkan di kawasan tersebut.

Kerana itu katanya, pengundi boleh lihat bagaimana kemajuan Kesedar pada hari ini di kawasan manek Urai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetap penamaan calon pada 6 Julai dan 14 Julai hari mengundi.

Pilihan Raya Kecil tersebut diadakan apabila adunnya Ismail Yaakob meninggal dunia pada bulan Mei lepas.

Menurut Tuan Ibrahim, tradisi Umno yang gemar menabur seribu janji dalam setiap kali kempen pilihan raya menjadikan pengundi semakin matang untuk membuat semua pilihan dalam pilihan raya yang diadakan akhir-akhir ini.

Ini ujarnya, rakyat sudah tahu tentang sejauh mana janji-janji yang mampu dibuat Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, katanya pengundi-pengundi di Manek Urai tidak akan termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional.

"Jika BN hendak berjanji kita harap mereka buktikan dulu tempat-tempat yang mereka menang dalam tempoh pilihan raya ke 12 lalu di mana belum ditunai lagi," katanya.

Malah katanya, beliau berharap pengundi di Manek Urai dapat menilai sejauh mana Umno mampu menunaikan janji dalam pilihan raya di tempat lain.

Dalam pada itu ujarnya, pengundi-pengundi di Manek Urai lebih tertarik dengan isu tempatan berbanding isu nasional.

"Saya ingat tidak ada isu-isu nasional ini tidak sangat pengaruhi pengundi di kawasan Menek Urai dan mereka lebih pentingkan isu tempatan.

"Hanya isu perdebatan ini PAS dengan Umno yang mereka anggap sebagai tohmahan yang dibuat oleh Umno terhadap Menteri Besar Kelantan," katanya. - azm _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.