Zaili Muhammad
MELAKA - DAP mempersoalkan tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menghalang kaunter pendaftaran pengundi yang dijalankan oleh mereka sehingga menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan dan melibatkan campur tangan pihak polis di pasar malam Taman Melaka Baru, di sini, baru-baru ini.
Ianya bermula ketika DAP membuka kaunter pendaftaran jam 6.40 petang tetapi cuba dihalang oleh penguatkuasa MBMB sambil meminta permit kebenaran namun DAP bertegas meneruskan kerana dilantik sebagai agen oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lalu mereka mengumpulkan penguatkuasa MBMB dan samseng Umno di depan kaunter tersebut sambil mengugut kepada sesiapa yang berani mendaftar.
Menurut Pengerusi DAP Melaka yang juga merupakan Adun Kesidang, Goh Leong San, tindakan yang dilakukan oleh MBMB itu disifatkan sebagai salahguna kuasa dan juga bermotifkan politik serta tidak disokong oleh rakyat sebagai pembayar cukai.
"Saya hairan BN kenapa takut sangat sehingga bazirkan penguatkuasa melebihi 20 orang untuk ganggu kami sedangkan mereka yang mendaftar itu belum tentu mengundi DAP dan Dato' Bandar perlu jelaskan tindakan tersebut.
"Kita akan teruskan urusan pendaftaran pemilih ini dan saya harap dapat bentuk kerjasama dengan PAS dan KeADILan untuk dapatkan pengundi baru serta seterusnya mengharapkan mereka mengundi kita pada Pilihan Raya Umum 13 nanti," kata beliau.
Menurut Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong, bahawa beliau kesal kerana mereka dihalang daripada melakukan pendaftaran pengundi baru sedangkan mereka merupakan agen pendaftaran pengundi yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara sah.
"Kami cuma meletakkan satu meja kecil dan dua buah kerusi sahaja dan langsung tidak mengganggu sesiapa atau aliran trafik di situ. Malahan apa yang dilakukan oleh kami adalah merupakan satu tanggungjawab sosial bagi mendaftarkan pengundi baru.
"Kita kesal dengan perbuatan MBMB yang nampak macam dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha kami membantu orang ramai mendaftarkan mereka sebagai pengundi supaya dapat menunaikan tangguk benjawab kepada negara.
"Janganlah bertindak berat sebelah dan MBMB perlulah bersikap 'gentleman' dalam menangani perkara seperti ini kerana parti daripada pihak kerajaan juga boleh mendaftarkan pengundi seperti yang diperuntukkan oleh SPR," ujarnya.
Akhirnya MBMB tambah beliau, memanggil pihak polis bagi menyelesaikan suasana yang semakin tegang dan setelah mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, polis membenarkan kami meneruskan urusan pendaftaran pengundi baru itu tetapi dilarang menggunakan pembesar suara.
Antara yang turut hadir pada kempen tersebut ialah Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Bandar Hilir, Tay Kok Kiew serta beberapa petugas DAP bagi menjalankan proses pendaftaran pengundi baru di pasar malam tersebut.
Kempen oleh DAP itu telah berjalan hampir sebulan di mana diadakan setiap hari kecuali hari isnin selama satu jam dari 6.30 petang hingga 7.30 petang pada tempat tumpuan orang-ramai seperti Jonker Walk atau pasar malam dan setakat ini telah berjaya mendaftarkan hampir seribu pengundi baru. - azm _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.