UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan di Pulau Jeju pada 1 dan 2 Jun.
Beliau akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed serta para pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Korea Selatan telah menyusun beberapa aktiviti di luar sidang kemuncak itu, termasuk Sidang Kemuncak CEO, Pameran Teknologi Maklumat bertemakan Green Growth, Green Asia dan acara kebudayaan.
Najib dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak CEO berkenaan anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Korea pada 1 Jun, yang dijangka dihadiri para pemimpin perniagaan.
Sidang kemuncak itu diadakan sempena ulang tahun ke-20 terjalinnya hubungan dialog antara kedua-dua pihak.
Pada sidang kemuncak itu, para pemimpin berkenaan dijangka membuat penilaian terhadap kerjasama sedia ada dan berkongsi pandangan tentang cara untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Mereka akan bertukar-tukar pendapat tentang isu kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa seperti krisis ekonomi dan kewangan global, perubahan iklim,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.