BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Hujan dijangka turun pada Sabtu ini, di mana lebih 80,000 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dijadual membuang undi mereka bagi memilih wakil di Parlimen.
Berita ini tidak begitu baik bagi parti-parti yang bertanding kerana ini mungkin menjejaskan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi.
"Kita menghadapi pertandingan sengit, tanpa diperkatakan lagi betapa pentingnya untuk kita memastikan jumlah yang ramai untuk keluar mengundi. Tetapi ini sudah pasti menjejaskan jumlah mereka yang keluar mengundi jika hujan," kata seorang pekerja bilik operasi Barisan Nasional (BN) di Pasir Panjang, di sini.
Menurut laman web Jabatan Meteorologi, hujan dijangka pada petang sementara cuaca diramal mendung pada pagi.
Hanya mahu dikenali sebagai Azahara, kebimbangan beliau bukan tanpa asas terutamanya pengundi atas pagar sering tidak peduli bagi sesiapa pun mereka undi yang dianggapnya sebagai tidak penting.
"Bagi pengundi kumpulan ini, mereka tidak peduli siapa yang akan mewakilinya walaupun sedikit sebab, dalam kes ini, hujan, sudah cukup untuk menghalang mereka daripada meninggalkan rumahnya," jelas beliau.
Sentimen beliau dikongsi pembangkang, yang menegaskan jentera pilihan raya perlu memastikan pengundi atas pagar akan keluar mengundi Sabtu ini.
"Kita tahu pengundi kita akan keluar. Ia hanya pengundi atas pagar yang membimbangkan kita dan sudah tentu dalam pertandingan sengit ini, kita perlukan mereka," kata seorang pemerhati dalaman parti yang bersetuju bahawa hujan mungkin bermakna mereka tinggal di rumah untuk pengundi atas pagar yang mewakili kira-kira 20 peratus daripada 80,229 pengundi.
Keyakinan yang berbeza, cakapcakap mengatakan bahawa pengundi pembangkang telah berpecah kerana ramai yang tidak berpuashati dengan calon pilihan.
Sambil mengakui bahawa PAS ada sedikit masalah dalam meyakinkan pengundi, terutamanya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menerima calonnya Mohd Abdul Wahid Endut, beliau mendakwa bahawa perkara itu telah dilupakan.
Banyak diperkatakan bahawa sesetengah pengundi pembangkang mungkin melupakan sama sekali untuk mengundi.
Sebelum ini dilaporkan bahawa satu pungutan suara dibuat oleh PAS di tiga kawasan pilihan raya negerinya, pengundi meminati Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sebagai calon mereka, tetapi parti itu mencalonkan ADUN Wakaf Mempelam bagi lima penggal Mohd Abdul Wahid Endut bertanding menentang calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Penganalisis politik percaya bahawa pilihan raya kecil ini sengit kerana parti-parti yang bertanding cuba menarik pengundi Cina dan atas pagar.
Pada pilihan raya 8 Mac lepas, kira-kira 80 peratus daripada 80,325 pengundi di kawasan pilihan raya itu keluar mengundi.
Kedua-dua parti yang bertanding bersetuju bahawa penduduk tempatan kini tidak lagi ke tempat ceramah.
"Jika anda memandu di sekitar kawasan pilihan raya itu pada waktu malam, anda boleh lihat bahawa jumlah mereka yang hadir pada ceramah ini tidak ramai, tak meriah," kata Azhar menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang hadir pada ceramah pembangkang ialah orang luar.
"Mereka dari kawasan pilihan raya jiran. Jika mereka dengar ada pemimpin tinggi datang ke bandar ini, mereka akan hadir untuk dengar ceramah," kata beliau.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong bersetuju bahawa pilihan raya kecil ini, orang kurang ghairah untuk datang mendengar ceramah.
"Tidak seperti mereka di pantai Barat, orang di sini lambat untuk bergerak," kata beliau.
Bagaimanapun sesetengah mengatakan bahawa penduduk tempatan mula merasa bosan mendengar ceramah kerana penceramah sering bercakap mengenai isuisu lama.
"Saya lebih suka tinggal di rumah, tonton TV daripada menghabiskan masa dengar retorik. Malahan sering hujan dan esok satu hari bekerja lagi," kata seorang lelaki berusia 30an, sementara sahabatnya lebih berminat untuk mendapatkan maklumat daripada internet dan portal berita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.