Isnin, 22 Disember 2008

PAS akui pelaksanaan hudud mungkin lambat

BERNAMA


KOTA BAHARU: PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti-parti komponen dalam pakatan itu telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud itu tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.

"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.