klpos.com
Shah Alam : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kelmarin membidas seorang anggota partinya sendiri kerana menyarankan agar para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi perlindungan polis.
'Jika mereka (pihak polis) asyik memberi tumpuan menjaga menteri besar atau pemimpin lain, mereka tak boleh bertindak untuk mengurangkan kadar jenayah,' tegas beliau seperti dipetik akhbar The Star semalam.
'Kita tidak mempunyai pegawai polis yang mencukupi di negeri ini. Jadi kita mesti tetapkan apa yang perlu diutamakan,' kata Tan Sri Khalid di sini kelmarin.
Beliau berkata begitu semasa mengulas kenyataan Anggota Dewan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafie, Ahad lalu bahawa pemimpin PKR di Selangor patut diberi perlindungan polis.
Perlindungan itu perlu menyusuli ancaman Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) hendak mengganggu majlis yang mereka hadiri dengan berbogel di khalayak ramai.
Tan Sri Khalid berkata pengawal yang terdiri daripada pegawai polis akan menjadi sekatan antara para pemimpin dengan rakyat.
'Orang ramai harus diberi kebebasan untuk bertemu pemimpin mereka,' kata beliau.
Tan Sri Khalid berkata keselamatan para pemimpin dapat dijamin menerusi kerjasama yang rapat antara kerajaan dan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.