Khairul Azlam Mohamad
MARANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab.
Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.
"Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.
"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.
"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.
"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.