Kelantan beri bonus walaupun hutang Tinggi
Bernama
KOTA BHARU - Kelantan akan tetap membayar bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri tahun ini seperti diterima kakitangan sektor awam di peringkat Pusat walaupun hutang kerajaan negeri telah melebihi nilai aset.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui, sumber kewangan kerajaan negeri pimpinan Pas itu lemah, tetapi telah mengambil langkah berjimat-cermat.
Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tetap mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah membazir kerana ia merupakan satu dosa
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini semalam ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2007.
Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, laporan Audit Negeri Kelantan 2007 menunjukkan kedudukan kewangan negeri itu tidak kukuh beriku- tan jumlah hutang ditanggungnya melebihi nilai aset.
Semasa pembentangan Bajet 2009 Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meng- umumkan pemberian bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakita- ngan awam negara.
"Tiap-tiap tahun kita beri bonus, yang tinggal lagi kita bincang macam mana nak beri... insya-Allah ada," kata Nik Aziz.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.