Selasa, 1 Februari 2022

Polis siasat objek hanyut menyerupai serpihan pesawat, kapal di Desaru

OBAJEK menyerupai serpihan pesawat atau badan kapal yang ditemui di perairan Desaru, Jumaat lalu.

POLIS sedang melakukan siasatan susulan penemuan objek menyerupai serpihan kapal atau kapal terbang di pesisir pantai sebuah hotel terkemuka di Desaru, Kota Tinggi, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora yang mengesahkan penemuan terbabit berkata, serpihan berkenaan ditemukan pekerja hotel itu pada kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan penemuan objek tersebut semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak boleh mengesahkan lagi berkenaan teori-teori berkaitan penemuan serpihan itu.

“Setakat ini, polis masih dalam siasatan lagi bagi mengetahui dan menentukan jenis serpihan yang ditemukan. Ia bagi menentukan sama ada ia ada kaitan dengan objek kapal terbang, kapal atau lain-lain komponen objek berkaitan,” katanya memetik laporan Harian Meto hari ini.

Difahamkan, keadaan serpihan itu kelihatan seperti agak lama berada di perairan berkenaan.

Serpihan itu turut memiliki warna merah dan biru dengan terdapat kemungkinan ia mungkin peralatan daripada pesawat kipas kecil dan bukan daripada pesawat komersial atau serpihan bot yang karam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.