Selasa, 1 Februari 2022

Lelaki ditemui mati dengan 12 kesan tembakan

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditemui mati dengan kira-kira 12 kesan tembakan di tingkat tiga tempat letak kenderaan sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, Perai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa lelaki warga tempatan berusia 31 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan anggota badannya berlumuran darah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata polis menjalankan siasatan selepas memperoleh maklumat berhubung insiden berkenaan.

"Ketika di lokasi, polis menemui 12 kelongsong peluru di sekitar mayat mangsa yang dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai diserang dua suspek bersenjatakan pistol ," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang turut mempunyai pelbagai rekod jenayah dipercayai menyewa di kondominium itu sejak lima bulan lalu.

"Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian ini berpunca daripada dendam, namun siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.