Khamis, 20 Januari 2022

Teruk dikecam, MPKJ turunkan papan tanda tulisan Jawi terbalik

Gambar tular papan tanda jalan tulisan Jawi yang ditulis secara terbalik.Foto MEDIA SOSIAL

SELEPAS dikecam netizen, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini bertindak menurunkan beberapa papan tanda yang memaparkan tulisan Jawi ‘terbalik’ yang dipasang di beberapa kawasan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

MPKj menerusi kenyataan rasmi Facebook merakamkan penghargaannya kepada penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu.

Gambar dikongsi MPKJ menunjukkan papan tanda yang telah dicabut.

Selain itu, MPKj turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan papan tanda tersebut telah pun dicabut dari tiang berkenaan.

“Pihak MPKj telah mengambil tindakan berkaitan gambar papan tanda yang tular dan telah menanggalkan semula papan tanda tersebut.

“Terima kasih kepada penduduk yang telah membuat aduan,” katanya hari ini.

Berdasarkan gambar yang tular, papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan daripada yang sepatutnya iaitu dari kanan ke kiri sekali gus mengelirukan orang ramai.

MPKj turut berkongsikan tangkap layar seorang pengguna Twitter bernama Mohammad Faeez Harith yang berkongsi gambar kesilapan pada papan tanda jalan itu.

“Majlis Perbandaran pun buat kerja cincai sambil lewa je ke? Asal nampak huruf Jawi sudahlah, boleh baca ke tidak belakang kira?,” ciapnya.

Malah MPKj turut memuatnaik tangkap layar Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi
yang mengulas isu sama.

“Ni le akibat bagi job kat kekawan Betui x #MajlisPerbandaranKajang?” tulisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.