Jumaat, 28 Januari 2022

Tarif elektrik baharu berkuat kuasa 1 Februari ini

 Siti Hafidah

Kadar 6 kali dibincang Kabinet, tidak bebankan rakyat

BANGI – Kadar tarif elektrik baharu bagi tempoh 2022 sehingga 2024 akan berkuat kuasa 1 Februari ini.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi jaminan kadar tarif baharu itu tidak membebankan rakyat terutama pemegang akaun domestik.

Beliau berkata, pengumuman mengenai Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) itu akan dibuat beberapa hari lagi.

“Saya telah berbincang sebanyak enam kali berturut-turut di Kabinet. Alhamdulillah, semalam kita sudah memuktamadkan kadarnya.

“Pelaksanaan IBR bagi RP3 akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini dan saya menunggu Suruhanjaya Tenaga, tetapi saya boleh memberi bayangan yang kadarnya sama sekali tidak membebankan rakyat,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.

Difahamkan, jumlah pengguna elektrik di seluruh negara adalah sebanyak lapan juta dan 85 peratus daripadanya merupakan pengguna domestik dan selebihnya komersial serta industri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.