PETALING JAYA: Berpantang maut sebelum ajal.
Seorang penunggang motosikal menghadapi situasi cemas selepas terjatuh di tengah jalan raya dan nyaris digilis sebuah treler yang datang dari arah belakang, namun pemuda tersebut sempat menyelamatkan nyawanya.
Rakaman kejadian yang tular dalam aplikasi media sosial Facebook itu dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka milik kereta yang berada di tepi jalan raya tersebut.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian berlaku.
Rakaman yang disiarkan di laman sosial oleh Joanne Chua memaparkan keseluruhan kejadian dan dipercayai kemalangan tersebut berpunca daripada tongkat motosikal penunggang itu yang tidak diangkat.
“Banyak kali aku tengok video ni, puncanya penunggang itu terjatuh sebab tongkat motosikal dia sendiri, banyak kali juga jumpa kejadian macam ni. Lagi-lagi orang tua kadang-kadang terpaksa jerit minta dia orang (mereka) angkatkan tongkat motosikal mereka,” komen Ady Omar di laman Facebook.
Kejadian dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka kereta ynag tular dalam media sosial. – MEDIA SOSIAL
Rata-rata pengguna Facebook mengucap syukur kerana kejadian itu tidak meragut nyawa dan meminta penunggang motosikal sentiasa memberi perhatian kepada keadaan motosikal mereka terutama ketika berada di lebuhraya.
“Punca daripada tongkat motosikal tu sendiri, bila dia nak elak sedikit ke kiri, tayar belakang terangkat lalu menjadi punca penunggang jatuh,” komen Shuk.
“Dia tak perasan ke masa tu hujan jadi jalan licin, nasib sekurang-kurangnya dia perasan kat belakang ada lori. Penunggang motosikal menggigil sejuk, pemandu lori menggigil takut,” komen Mohd. Mat.
“Aku syak motosikal itu nak mengelak kereta yang merakam ni keluar, tambah jalan licin pula. Dia dari belakang bila nampak kereta nak keluar kena elak ke kanan,” komen Sahidan Sulaiman. – UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.