Ahad, 23 Januari 2022

Kes harian kekal di paras 4,000

 MALAYSIA NOW

Sebanyak 2,829,089 kes keseluruhan Covid-19 direkodkan dalam negara setakat ini.

4,116 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,829,089 kes.

2,859 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,753,119.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 141 kes di mana 116 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 62 kes di mana 44 adalah kes Covid-19.

Dari 4,116 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes (0.9%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,077 kes (99.1%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.