Sabtu, 1 Januari 2022

Kepala dipenggal, rebus, selepas dirogol

 Oleh KOSMO!

Edilova dibunuh ketika mengunjungi kediaman suspek untuk mengambil ukuran baju. - East2west News

NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN – Seorang ahli farmasi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana merogol seorang pelajar sebelum memenggal dan merebus kepala gadis itu di dapur kediamannya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh Ayazhan Edilova, 19, secara kejam selepas mangsa pergi ke rumah suspek untuk mengambil ukuran badannya bagi menghasilkan sepasang sut.

Laporan menyebut bahawa suspek melakukan serangan seksual terhadap pelajar jurusan fesyen itu selepas mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Suspek turut bertindak mencabut kesemua gigi mangsa bagi menghapuskan bukti pembunuhan, namun polis menemui kepala mangsa yang sedang direbus di dapur kediamannya.

Suspek membunuh mangsa dengan kejam kerana enggan 
melakukan hubungan seks dengannya. – East2westnews

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Edilova memasuki lif bersama Torebekov, yang juga merupakan kali terakhir gadis itu dilihat dalam keadaan masih hidup.

“Apabila kami melihat gambar anggota badan mangsa, kami mendapati semua kuku dan giginya telah ditanggalkan dan diletakkan di dalam sebuah beg plastik berasingan,” kata abang mangsa, Almat Mulikov.

Hakim Erkin Maishinov menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada suspek.

Dia juga turut diperintahkan untuk membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian daripada pampasan kepada keluarga pelajar itu. – AGENSI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.