Rabu, 19 Januari 2022

‘Ini baru orang Malaysia,’ netizen terhibur lihat pemuda makan bekal ramen samyang di atas motosikal ketika teman rakan ke Batu Pahat

Tangkap layar Muhammad Daniel sempat menjamah mi segera.

AKSI spontan seorang pemuda menjamah bekal ramen samyang semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika dalam perjalanan menuju Bandar Batu Pahat berjaya mencuit hati netizen.

Mana tidaknya aksi Muhammad Daniel Abdullah, 18, selamba memegang semangkuk ramen samyang sebelum menjamah bikin warganet ketawa besar.

Menceritakan kembali, Muhammad Daniel mengatakan pada hari kejadian selepas dia terjaga daripada tidur, dia terus ke dapur memasak sebungkus ramen samyang untuk makan tengah hari.

Namun, sebelum sempat menjamah, tiba-tiba rakan baiknya dikenali sebagai Asyraff datang ke rumah, lalu mengajak ke Batu Pahat kerana ada urusan penting untuk dilakukan.

“Dia (Asyraff) kata nak cepat, saya pun terus bawa sekali mi segera yang sudah ada dalam mangkuk,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Setakat hari ini aksi Muhammad Daniel yang lebih mesra disapa Niel sudah ditonton lebih 450,000 kali di laman TikTok sejak dimuat naik dua hari lepas.

Ia turut menerima lebih 70,000 tanda suka serta dikongsi sebanyak 1,700 kali oleh warga TikTok.kita makan dulu

Menceritakan lebih lanjut, oleh kerana perutnya kosong semasa memulakan perjalanan, dia “terpaksa” menjamah sesuap dua mi segera setiap kali berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Sepanjang perjalanan tu, tiap kali berhenti di lampu isyarat saya sempat lah makan sesuap dua,” katanya.

Niel yang merupakan murid Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmud Iskandar berkata, aksinya itu dirakam secara senyap-senyap oleh rakannya.

“Bila dah sampai tempat yang kami nak pergi, saya habiskanlah terus mi segera tersebut,” ujarnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada Mac nanti.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan Niel yang bergegas ke destinasi dituju sambil mengisi perut yang kosong.

“Terpaling lapar kat traffic light,’ ujar @Ichaa.

“Maggi lah paling sedap time apa pun hahahaha, jap nak masak maggi dulu nanti dah viral panggil,” kata @Nadyaa.

“Bila member nak sarapan tapi lambat pergi kerja tapi perut lapar be like,” komen @Nsehylosmy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.