Jumaat, 28 Januari 2022

Fenomena belalai darat boleh berulang

 Oleh MOHD. RAFIE AZIMI

Tangkap layar kejadian belalai darat yang melanda sebuah kawasan di Bukit Kayu Hitam pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Kejadian puting beliung atau dikenali sebagai fenomena belalai darat yang berlaku di Bukit Kayu Hitam pada semalam tidak mustahil akan berlaku lagi.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Ab. Aziz berkata, saiz pusaran juga boleh menjadi lebih besar dan membawa kemusnahan.

“Pada waktu sekarang cuaca agak panas, namun tiupan angin agak kencang dan apabila wujudnya awan kumulonimbus, itu yang menyebabkan terbentuknya belalai darat.Ads by Kiosked

“Fenomena ini sering terjadi di utara semenanjung tanah air terutamanya di kawasan landai. Namun pemerhatian terhadap kejadian yang tular itu mendapati kekuatan belalai darat tersebut hanyalah pada tahap sederhana,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sejak semalam, tular klip video memaparkan pembentukan puting beliung tersebut yang menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.

Mengulas lanjut Muhammad Khalil berkata, kejadian sama sebelum ini pernah dilaporkan berlaku di Langkawi dan Pendang dekat sini.- K! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.