DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Jumaat, 21 Januari 2022

Akibat pandu melulu

Nurul Hidayah Bahaudin
LELAKI ditahan selepas merempuh beberapa kenderaan semasa meloloskan diri dari pemeriksaan polis. FOTO Ihsan Polis
LELAKI ditahan selepas merempuh beberapa kenderaan semasa meloloskan diri dari pemeriksaan polis. FOTO Ihsan Polis

Klang: Tindakan seorang lelaki memandu melulu hingga melanggar beberapa kenderaan ketika cuba meloloskan diri dari pemeriksaan polis mengundang padah apabila dia ditahan polis, di sini, hari ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan memaklumkan, terdahulu seorang pegawai dan anggota yang sedang membuat rondaan penguatkuasaan dan cegah kemalangan di Kilometer 43.1 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) melihat motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Satria Neo yang melanggar beberapa kenderaan ketika cuba meloloskan diri.

Katanya, suspek kemudian berjaya ditahan di Kilometer 44.2, Lebuhraya Shah Alam arah Klang ke Kuala Lumpur.

"Pemeriksaan lanjut bersama anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menemui tiga paket lutsinar dipercayai dadah jenis syabu.

"Turut ditemui beberapa peralatan dipercayai untuk menghisap dadah, Suspek kemudian dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut," katanya.

ELBI RISALAH di 1/21/2022 07:24:00 PG
Kongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

‹
›
Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.