Siapa sangka hajat geng konvoi nak sambut tahun baharu 2022 di Pulau Langkawi dimulakan dengan sambutan abang polis trafik di jeti pelabuhan di Tanjung Lembung.
Situasi ini dapat ditonton menerusi satu video di TikTok yang menunjukkan sekumpulan pemuda ditahan oleh sepasukan polis sejurus kapal mereka naiki sampai di jeti pelabuhan.
Setiap daripada mereka perlu menolak keluar motosikal masing-masing daripada kapal dan berbaris untuk pemeriksaan dan di dalam kapal, masih ramai yang belum keluar.
Menurut info, geng konvoi’ ini berlepas menaiki kapal dari Kuala Perlis menuju ke jeti pelabuhan di Tanjung Lembung, Pulau Langkawi.
Mereka dipercayai dalam perjalanan untuk bercuti dan pada masa sama mahu menyambut ‘acara tahun baharu’ di pulau bersejarah tersebut.
Tambah orang ramai lagi, pasukan polis begitu cekap dengan membuat
perancangan rapi sehingga tiada siapa boleh terlepas daripada
pemeriksaan besar-besaran yang dilakukan di jeti pelabuhan tersebut. SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.