Isnin, 1 November 2021

Tular dakwaan bayi didera pengasuh

Ruwaida Md Zain 

 Keadaan lengan bayi mangsa yang tular di media sosial. NSTP/Ihsan Pembaca Keadaan lengan bayi mangsa yang tular di media sosial. NSTP/Ihsan Pembaca

SHAH ALAM: Orang ramai diingatkan tidak membuat spekulasi susulan dakwaan bayi didera pengasuh yang tular di media sosial, beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata pihaknya kini masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.

"Pada jam 3.22 petang Rabu lalu, bapa mangsa membuat laporan polis kerana ada kesan kemerahan pada lengan kiri dan kanan mangsa ketika dalam jagaan pengasuh yang baru hari pertama dijaga oleh pengasuh itu.

"Siasatan mendapati pengasuh tinggal bersama anaknya berumur empat tahun ketika kejadian.

ft tissue injury' pada lengan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes masih disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang ada maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Anis Shafika di talian 011-10951310.

Terdahulu, tular di media sosial terutama di Facebook KHIDMAT PENGASUH SHAH ALAM oleh penama Hazirah Khairi yang mengesyaki bayi perempuannya berumur lima bulan didera oleh pengasuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.