KUALA LUMPUR: Pihak yang bertanggungjawab sama ada
di peringkat Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri perlu menyiasat
dengan segera kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang yang
berlaku pada 22 November lepas.
Menurut Ketua Penyelaras Pusat
Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH), Dato’ Iskandar
Abdul Samad, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, telah
berkata pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai
turut menjadi punca yang menyebabkan banjir tersebut.
Tmabahnya,
sementara pemegang konsesi lebuh raya itu, EKVE Sdn Bhd menafikan
pembinaan lebuh raya itu merupakan punca kejadian banjir.
“Sebaliknya mereka berkata banjir itu adalah akibat hujan yang turun lebih lebat dari kebiasaan yang mengakibatkan paras Sungai Ampang naik dengan mendadak dan melimpah ke kawasan-kawasan yang rendah,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
EKVE juga, katanya melaporkan 95 peratus pembinaan mereka telah siap sejak bulan Oktober lepas.
Walau bagaimanapun, ujarnya Zuraida berkata tanah yang tergelongsor dari projek EKVE telah memasuki ke Sungai Ampang mengakibatkan sungai berkenaan menjadi cetek.
“Katanya lagi keadaan sungai yang cetak mengakibatkan ia tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak sehingga melimpah kerana hujan lebat yang turun selama lima jam.
“Kedua-dua kenyataan ini mengelirukan rakyat dan akan terus menimbulkan kebimbangan di kalangan penduuduk,” ujar Iskandar lagi.
Oleh yang demikian, katanya pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengesahkan punca sebenar banjir tersebut agar bencana yang sama tidak akan berulang kembali.
“Dalam hal ini, ketelusan adalah amat diperlukan dan semua syarat-syarat yang dikenakan untuk pembinaan lebuhraya tersebut perlu didedahkan kepada umum.
“Jika terdapat sebarang kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat itu, ia perlu didedahkan dan tidak disembunyikan,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, satu penyelesaian perlu dicari kerana kawasan tersebut pernah dilanda banjir dalam tahun 2007 dan 2012 iaitu sebelum pembinaan EKVE bermula.
Tambahnya, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian Isnin lepas.
Selain dari itu, ujar beliau jika dapat dikenal pasti punca banjir itu maka mereka yang bertanggungjawab perlu menanggung kos ganti rugi yang perlu dibayar kepada penduduk yang harta benda mereka musnah atau hilang.
Menurutnya, mereka juga perlu menanggung kos untuk memastikan bencana itu tidak berulang. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.