Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka membadai lima buah negeri pagi ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Pahang, ribut petir dan hujan lebat ini dijangka berlaku di kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala bagi Melaka ia membabitkan keseluruhan negeri tersebut.
Bagi negeri Johor pula, antara kawasan yang dijangka mengalamai cuaca berkenaan adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Kota Tinggi.
Beralih ke negeri Sarawak, diramalkan kawasan seperti Kuching, Lundu, Betong, Pusa, Saratok, Kabong, Sarikei, Sibu, Mukah, Tanjung Manis dan Daro akan mengalami keadaan cuaca tersebut.
Untuk negeri Sabah pula, antara kawasan yang terlibat adalah Kudat dan Pitas.
Menurut MetMalaysia amaran cuaca hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka berlaku sehingga pukul 10 pagi nanti.-K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.