KUALA LUMPUR: Pembukaan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Lembah Klang dan Melaka kekal pada 4 Oktober ini walaupun beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), esok.
Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan, pengoperasian institusi pendidikannya hanya akan mengikut ketetapan fasa baharu selepas dua minggu dari tarikh peralihan fasa.
Sehubungan itu, KPM dalam satu kenyataan berkata, tarikh pembukaan institusi pendidikannya di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka kekal pada 4 Oktober ini berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 PPN.
Keputusan itu membabitkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
"Ia juga membabitkan murid Tingkatan Enam semester dua, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun Dua, Program Prauniversiti semester tiga di Sekolah Sukan Malaysia dan murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBDP).
"Selain itu, institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat," katanya.
Kenyataan itu menyebut, pengoperasian institusi pendidikan di Lembah Klang dan Melaka mengikut ketetapan Fasa 3 PPN, akan bermula pada 18 Oktober ini.
Katanya, ia membabitkan pertambahan kemasukan murid lain meliputi murid prasekolah, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, IBD, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia serta kelas peperiksaan antarabangsa yang lain.
Sementara itu, pembukaan institusi pendidikan di bawah KPM di Kedah, kekal pada 10 Oktober ini untuk murid kelas Tingkatan Enam sementer dua dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level).
Kedah akan beralih ke Fasa 2 PPN, esok, maka pengoperasian institusi pendidikan termasuk Kolej Vokasional berdasarkan fasa baharu itu hanya akan bermula pada 17 Oktober ini.
Pembukaan institusi pendidikan bawah KPM bagi Zon Selatan negeri Sarawak kekal pada 4 Oktober ini berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 PPN.
Katanya, pengoperasian institusi pendidikan di Zon Selatan negeri Sarawak berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober ini.
Selain itu, semua institusi pendidikan bawah KPM yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan ditutup sepanjang tempoh perintah itu berkuat kuasa.
Semua murid di kawasan yang terbabit perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
KPM turut menyarankan ketetapan itu terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengannya, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.