Sabtu, 30 Oktober 2021

PTPTN beri diskaun kepada peminjam

MGF05122018_PC-PTPTN07
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 November ini hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ia membabitkan pemberian diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

Jelasnya, diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

“Sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan.

“Oleh itu, bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 ,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.