PETALING JAYA: Penyanyi, Thalia Rasul berang dengan tindakan seorang pengguna Instagram yang mempermainkan nama bapanya di media sosial.
Thalia, secara terbuka meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan individu terbabit yang bersembunyi di sebalik akaun palsu.
“Main nama bapa pula. Bapa Thalia dan tak ada tahu, dah arwah.
“Selamat Hari Lahir arwah abah. Sampai nak cakap, nama sahaja ada Rasul, tetapi anak macam neraka.
“Pakai akaun palsu ingat tak boleh kesan ke?,” tulisnya di Instagram.
Dalam perkongsian sama, Bekas peserta program Mentor ini turut menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan segelintir netizen yang suka mengecam dan memburukkan orang lain di media sosial.
“Masih ada manusia yang bingai tak faham bahasa, buta, pekak, tuli.
“Kenyang ke kecam-kecam? Kenyang ke maki orang? Kalau kenyang, kalau boleh tambah duit dekat bank, nak buat jugalah.
“Tetapi, biar saya mulakan dengan awak dahululah,” ujarnya.
Thalia sebelum ini mengundang kontroversi apabila tampil
mengkritik barisan juri yang memberi komen sinikal terhadap
persembahannya di dalam program All Together Now Malaysia Ahad lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.