Aminuddin Yahaya
Kedaifan pusat tahfiz sejak puluhan tahun, seperti tiada perubahan
SAYA tidak pasti, apakah layanan istimewa sebagaimana diberikan kepada sekolah-sekolah persendirian UEC tidak diberikan kepada pusat-pusat tahfiz adalah kerana tiada keuntungan politik?
Hujah utama mengapa RM15 juta diperuntukan kepada sekolah UEC, adalah kononnya mereka sedang ‘nazak’ kerana kegawatan ekonomi dan pandemik.
Pusat-pusat tahfiz pun terkesan juga. Malah, banyak pusat-pusat tahfiz yang terpaksa gulung tikar. Sekolah UEC? Tiada pun yang kena gulung tikar. Ditatang bagai minyak yang penuh.
Katanya kos operasi bulanan sekolah-sekolah UEC adalah tinggi, sebab itu terdesak perlukan duit. Mana taknya, hampir setiap bilik (bukan bilik kelas sahaja) ada ‘aircond’ dan ditambah lagi dengan binaan-binaan serba mewah di sekolah UEC.
Manakala pusat-pusat tahfiz? Kedaifan mereka sejak puluhan tahun, seperti tiada perubahan pun. Apatah lagi peruntukan khas RM15 juta.
Rakyat sedang menilai, apakah segala tindak tanduk kerajaan hari ini hanyalah semata-mata kerana nilai undi?
Apakah kerajaan ‘rileks’ dengan anggapan jika abaikan umat Islam, abaikan tahfiz maka orang Melayu dan umat Islam akan terus mengundi mereka sebagai ‘fixed deposit’? Tidak mustahil, kerana memang itu ‘mindset’ yang biasa ada dalam kepala otak politikus-politikus Melayu kita yang serba selesa.
Tidak mengapalah jika ada yang mahu label saya ini mengikut rentak pembangkang dan tak pandai membaca politik. Kerana politik Islam yang saya faham, ialah untuk menguntungkan dan membela agamaNya.
Ya, Islam terus terancam. Kali ini, ditambah pula dengan kerakusan pemimpin beragama Islam itu sendiri. ISMA WEB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.