Ada seorang ex-PM katanya kita ni rindu kan zaman BN. Alahai… malu2 kucing pulak. Sebenarnya nak cakap Rakyat rindu zaman dia.
Dalam FB ditunjukkan dialah PM terbaik Malaysia. Walhal pernah dinamakan Menteri Kewangan terteruk di Asia.
Dari segi ekonomi, jenuh juga team media dan cytro berbayar dia sebarkan propaganda dan spin-menyepin. Kononnya, dia yang paling pandai jaga ekonomi.
Makanya, hari ni saya bentangkan FAKTA (bukan AUTA) mengenai Malaysia sepanjang beliau memerintah.
(i) Kadar KDNK Pertumbuhan negara
Purata 5.4% dari tahun 2010-2018, berbanding 9.5% (tahun 1988-1996).
(ii) Ranking Eksport global
– Dari tangga ke-18 dalam dunia (2004) turun ke tangga 23 (2010) dan turun lagi tangga ke-26 (2018).
– Sebagai perbandingan Vietnam tangga ke-50 (2000) sekarang telah
mendahului kita di tangga ke-22. Thailand juga potong kita pada tangga
ke-25.
(iii) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
– Daripada menjadi antara destinasi utama pelaburan asing pada awal
tahun 2000, namun bermula sejak tahun 2016 Malaysia merudum dari segi
FDI.
– Singapura, Thailand dan Indonesia jauh meninggalkan kita. Sejak tahun
2015 juga, negara Vietnam yang dulunya ke belakang, sekarang melonjak
FDInya mengalahkan Malaysia.
(iv) CPI- Kadar Kuasa Belian Pengguna
– Mengikut Jabatan Statistik, kuasa beli isi rumah menyusut 16.7% berbanding 10 tahun lepas.
– Ini bermakna harga barang makin mahal sejak pengenalan GST dan kita kurang daya membeli.
(v) Ekuiti korporat warga tempatan
– Pemilikan ekuiti Bumiputera jatuh dari 23.4% (2011) kepada 16.2% (2015).
– Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama.
– Untuk perbandingan, pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% kepada 45.3%.
(vi) Tanah Rezab Melayu tinggal 12% sahaja sebagaimana yang dilaporkan pada awal tahun 2018.
Ini bukan sendiri bikin punya statistik. Ini semua data keluaran Kerajaan UMNO sekarang, boleh semak dalam Laporan RMK-12 dan statistik Jabatan Standard sendiri. Malah kalau rajin boleh google saja untuk tahu kedudukan Malaysia berbanding negara lain.
Yang dia dok spin, kononnya zaman dia KLSE paling baik. Selalu la team dia cakap capital market bull run masa dia memerintah.
Sebenarnya, indikasi ekonomi pakai pasaran saham hanya berbentuk sentimen dan boleh dimanipulasi. Lagi satu, pasaran saham ni yang buat untung hanya golongan kayangan, benefitnya selalunya sangat payah sampai ke golongan marhein.
Makanya jangan la dipercayakan ex-PM kita yang selalu angkat bakul sendiri. Banyak yang propa dari yang benar.
Yang kita hendak negara kembali ke zaman bilamana Malaysia digelar Tiger of Asia.
Takde maknanya kita rindu zaman BN dia, bila Malaysia digelar Kerajaan Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia. AGENDA DAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.