
KUALA TERENGGANU: Seramai enam individu termasuk seorang wanita dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana merentas negeri untuk tujuan melancong ke Pulau Redang di Kuala Nerus.
Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata kompaun terhadap individu berumur 32 hingga 47 tahun itu dikeluarkan melalui pemantauan Operasi Bersepadu Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bagi Fasa Tiga Dalam Sektor Pelancongan, selama dua hari bermula Jumaat lepas.
Rohaimi berkata daripada enam individu itu, dua didapati merentas
negeri dari Kuala Lumpur, dua dari Selangor dan masing-masing seorang
dari Pulau Pinang dan Melaka.
Rohaimi berkata tindakan keras juga akan diambil terhadap mana-mana
pengusaha resort yang mengabaikan SOP, termasuk membenarkan pelancong
dari luar Terengganu menginap dengan tujuan melancong atau lalai dalam
memastikan penginap premis mereka lengkap menerima vaksin Covid-19.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.