Pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai adalah perkara paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia ketika ini.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan “dalam beberapa minggu lagi”.
Beliau berkata ini kerana sehingga Rabu lepas (22 September) 81% populasi dewasa dalam negara telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 dan dalam beberapa minggu sahaja lagi, ia boleh mencapai kadar 90% untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.
“Insyallah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90% dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri,” kata Ismail Sabri yang menyifatkan pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri itu sebagai sesuatu yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia.
“Kalau Rabu lepas sudah capai 81%, maknanya sudah tidak lama lagi nak (boleh) rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa. Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa,” katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia semalam.
Rabu lepas perdana menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa
Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat
dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90% kadar vaksinasi
dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat kementerian kesihatan
(KKM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.