Daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza
BAYAN BARU: Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan
Barat Daya (BD) yang masing-masing berada di tanah besar dan tanah pulau
negeri ini sudah bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza di Palestin.
Setiausaha
PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim memberi perbandingan tersebut
sebagai gambaran terhadap baki pemilikan tanah orang Islam-Melayu di
negeri ini yang menyamai nasib rakyat Palestin.
Dari segi
demografi ujar beliau, hanya tiga dari 13 Parlimen di negeri ini
merupakan kawasan majoriti Islam-Melayu iaitu 78.56 peratus di P.41
Kepala Batas dan 72.23 peratus di P.42 Tasek Gelugor.
Manakala di
P.53 Balik Pulau beritahunya, yang merupakan satu-satunya kawasan
majoriti Islam-Melayu masih tinggal di dalam pulau ini, sudah semakin
menyusut dengan berbaki hanya 64.9 peratus.
Terang Iszuree,
beliau menggambarkan sedemikian untuk umat Islam-Melayu menyedari bahawa
gerakan berasaskan politik yang berlaku cuba mengambil alih pemilikan
tanah dan mendominasi penempatan sedia ada.
Membongkar lebih
terperinci, beliau membentang kembali keputusan PRU12 tahun 2008 di mana
DAP berjaya menang 19 kerusi DUN, namun belum memadai mencapai majoriti
mudah sendirian.
Menurutnya, demi menjayakan agenda parti itu
tanpa halangan termasuk dari rakan politik, DAP tidak mustahil
mensasarkan dua kerusi DUN Batu Maung dan Bayan Lepas di masa hadapan
untuk mencapai 21 kerusi menguasai Pulau Pinang dengan meletakkan calon
Melayu.
Jelasnya, dengan suara majoriti telah dimiliki DAP itu,
peluasan kuasa dilaksanakan pula melalui pelbagai muslihat termasuk
menerusi pembangunan yang giat diadakan di negeri ini dengan sokongan
kapitalis.
Iszuree memberi contoh projek mega Tambakan Selatan
Pulau Pinang (PSR) secara pembangunan mewah yang tidak akan mampu
dimiliki oleh rakyat tempatan terutama dalam kalangan orang
Islam-Melayu.
Kata beliau, sekiranya PSR yang berada dalam
Parlimen Balik Pulau itu dijayakan, maka ia bakal menambah sekitar
400,000 penduduk baharu yang sekali gus bakal berlaku pertambahan
pengundi, Parlimen dan DUN baharu.
Begitu juga menurutnya, agenda
di sebalik projek terowong dasar laut atau terbaharu mahu diubah
sebagai jambatan ketiga yang akan menghubungkan George Town dan Bagan di
Seberang Perai Tengah.
Bagi beliau, projek tersebut sebenarnya
sebagai ‘pintu masuk’ ke SPU iaitulah ‘laluan pintas’ untuk menjadi
rangsangan mengambil alih pemilikan dan seterusnya menguasai kawasan
yang asalnya majoriti Islam-Melayu.
“Ini bukan bicara
anti-pembangunan atau perkauman. Tetapi untuk menyedari agenda menelan
kawasan majoriti Islam-Melayu yang mungkin akan lenyap 50 tahun akan
datang, jika orang Melayu tidak menghentikan keghairahan menjual tanah
mereka.
“Lebih jelas wujudnya perancangan ini apabila ada pemaju
yang ada kaitan hubungan rapat dengan pihak kerajaan negeri telah
ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berkaitan
penjualan tanah milik Yayasan Bumiputera di Kepala Batas SP.
“Ini
menunjukkan indikator mulanya usaha politik ke arah menawan dengan
memecah masuk melalui proksi pemaju ke dalam SPU,” dedah beliau terhadap
antara muslihat sedang giat dilaksanakan ke arah penguasaan politik dan
pemilikan aset secara terancang itu.
Pecah dan perintah
Menurut
beliau lagi, usaha tersebut termasuk memastikan undi orang Islam-Melayu
tidak terpecah hanya dengan pertembungan satu lawan satu, sebaliknya
sekecil mungkin melalui pertandingan banyak penjuru.
Akhirnya
terang Iszuree, menerusi pertembungan ditaja sedemikian, rakan proksi
kepada penaja akan memenangi kerusi tersebut dan melunaskan secara mudah
segala kehendak atau agenda telah dimatlamatkan.
Beritahu
beliau, peranan pemaju projek pembangunan dalam menjayakan muslihat
berkaitan berlaku menerusi tawaran lumayan harga tanah untuk dibeli
terutama di kawasan kampung di SPU.
“Pemaju pula selalunya akan
menyogok orang Melayu tempatan untuk menjadi jarum memujuk rayu supaya
dapat mempengaruhi masyarakat untuk menjual tanah.
“Kes penjualan
tanah milik Yayasan Bumiputera kepada pemaju dengan cara tanpa
kelulusan BOD (Ahli Lembaga Pengarah) Yayasan Bumiputera yang menjadi
kes SPRM pada 2017 merupakan titik mula tindakan yang telah dirancang
supaya misi pecah perintah dapat dijayakan,” ujarnya.
Sehubungan
itu beliau mengajak masyarakat negeri ini menyedari implikasi jangka
panjang 50 tahun mendatang di mana SPU berisiko dikuasai oleh kapitalis
bangsa DAP apabila pembangunan dikembangkan.
Menguasai jajaran demokrafi
Tambah
beliau, rangkaian jaringan kuasa politik DAP dari Kedah sehingga ke
selatan Perak bermula dari Alor Setar melalui Sungai Petani dan Tikam
Batu di mana menuju ke Bukit Mertajam, Batu Kawan, Gopeng dan Ipoh.
Pun
demikian ujarnya, untuk menguasai jajaran tersebut selain dari bantuan
rakan politik atau proksi, DAP perlu melalui Kepala Batas, Tasek Gelugor
dan Nibong Tebal yang menuntutnya menang di situ.
“Rangkaian
penguasaan jaringan ini akan menguasai bandar-bandar kecil akan
dihubungkan ke bandar-bandar besar seperti George Town, Ipoh, Kuala
Lumpur yang menjadi tulang belakang kuasa bangsa DAP dalam menguasai
politik Tanah Melayu,” tegasnya mengingatkan.
Katanya, agenda DAP
untuk mewujudkan kembali Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) adalah
agenda besar untuk menguasai politik bandar yang merupakan nadi ekonomi
dalam menguasai politik negara.
Iszuree yang juga bekas Ahli
Majlis Bandaraya Pulau Pinang suatu ketika dahulu tidak menolak wujud
perangai atau peranan pengkhianat ‘Si Kitol’ dalam kalangan orang Melayu
yang bersekongkol dengan DAP.
Katanya, mereka ini menjadi
pemudah cara dalam mempengaruhi orang Islam, di mana nasib orang
Islam-Melayu di negeri ini telah disaksikan sebagaimana terhapusnya
tanah warisan sejarah orang Melayu Kampung Batu Uban.
“Ini contoh
di mana ia berpunca dari individu yang berperanan sebagai gangster
kampung mencari makan menjadi ejen upahan kepada pemaju. Jadi
perancangan strategik DAP ini perlu di sedari oleh masyarakat Islam
khususnya orang Melayu dan parti-parti Melayu dan Islam.
“Jangan
mudah menelan upahan dan rasuah politik dan proksi politik bangsa DAP
melalui pemaju. Kerana terbukti ada parti politik Melayu yang tiada roh
Islam telah gagal mempertahankan kepentingan tanah asal orang Melayu,
malah menjadi menjadi ejen perancangan strategik DAP atau sekutunya,”
nasihatnya. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.