MALAYSIA NOW
Ia bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan tetapan baru dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengguna menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka, dalam usaha terbaru kerajaan memasuki fasa endemik Oktober depan.
“Pasukan MySejahtera akan bina satu lagi tetapan baru (dalam aplikasi) malam ini bagi memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan vaksinasi mereka.
“Ini akan memudahkan hidup bersama wabak Covid,” katanya dalam satu ciapan Twitter malam ini.
Dalam pada itu, Khairy turut berkata naik taraf aplikasi itu akan dikemaskini dalam masa beberapa minggu akan datang.
Semalam, Khairy berkata beliau sudah mengarahkan kementerian untuk menyediakan panduan bagi mereka yang melakukan pantauan kendiri di rumah dalam satu bahagian aplikasi MySejahtera sebelum arahan-arahan yang diberikan oleh kakitangan kesihatan.
Menurutnya, kerajaan akan umum langkah untuk memudahkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada supaya tidak terlalu rumit dan “complicated.”
“Supaya bila masuk di fasa endemik nanti, kita ada SOP yang mudah jelas dan dapat sama-sama praktik,” katanya.
“Kita perlu terima hakikat Covid-19 ini akan menjadi endemik, dan kita hidup bersama dengan virus ini”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.