Namun bagi Pengurus Aliran HCO B, Amyra Zuraini, pihaknya sudah membuat persediaan berkaitan
kerana menjangkakan ramai yang akan rebut peluang hadir ke PPV berkenaan.
"Alhamdulillah, hari pertama untuk walk-in di sini berjalan lancar yang mana 85 individu daripada kakitangan Megaklinik Zahran termasuk 20 vaccinator serta sukarelawan ditempatkan di sini.
"Memang ramai yang datang beratur awal tetapi operasi untuk walk-in hanya bermula jam 2 petang hingga 9 malam," katanya dihubungi hari ini.
Pemberian vaksin secara walk-in hari ini khusus untuk individu berusia 40 tahun ke atas dan hanya 600 orang sahaja akan diberikan suntikan sehari mengikut kuota yang diberikan.
Pemberian vaksin kepada individu 40 tahun ke atas bermula hari ini hingga 4 Ogos manakala bermula 5 Ogos, ia akan terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas.
Dalam pada itu, tinjauan di PPV IDCC mendapati ramai yang mengambil peluang hadir ke pusat itu bagi mendapatkan vaksin.
Keadaan di Dataran Automobil Seksyen 15 itu agak sesak yang mana kereta dilihat beratur panjang kira-kira 800 meter dari PPV itu.
Penerima vaksin yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad memaklumkan dia membuat keputusan hadir ke PPV berkenaan selepas tidak menerima tarikh temujanji untuk suntikan vaksin.
Sementara itu tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) Hotel Wyndham di Klang, mendapati orang ramai sudah beratur sejak jam 10 pagi untuk mendapatkan pelalian secara walk-in walaupun suntikan hanya diberi mulai jam 2 petang.
Menurut jurucakap PPV terbabit, majoriti yang datang hari ini berdepan pelbagai masalah membabitkan aplikasi MySejahtera.
"Isu utama mereka yang datang untuk vaksin secara 'walk in', ada di antara mereka tidak mempunyai MySejahtera, sebab itu tidak dapat temujanji untuk vaksinasi.
"Ada juga mempunyai MySejahtera tetapi ada masalah dengan aplikasi itu malah ada juga sudah dapat temujanji untuk vaksinasi tetapi membatalkanya sebelum ini.
"Ada juga yang tiada nombor telefon, tiada e-mel, jadi kami kena bantu mereka. Bila semua masalah ini dapat diselesaikan, baru dibenarkan masuk untuk vaksinasi," katanya ketika ditemui di PPV berkenaan.
Bagaimanapun katanya, jumlah individu yang akan mendapat suntikan hari ini bergantung kepada ketersediaan jumlah vaksin.
"Bagi vaksinasi secara 'walk in' hari ini, jumlah vaksin yang ada 1,200 sahaja tetapi jumlah ini untuk hari ini sahaja, untuk esok belum tentu lagi," katanya.
Katanya, jumlah yang datang untuk vaksinasi hari ini agak ramai memandangkan hari ini adalah vaksinasi dos kedua bagi individu yang sudah mendapat temujanji.
"Selain mereka yang datang untuk vaksin 'walk in', hari ini adalah hari pertama bagi dos kedua di PPV ini," katanya.
Sementara itu, rata-rata yang beratur mengharapkan agar dapat menerima vaksin hari ini kerana mereka sudah lama menunggu.
Seorang kakitangan swasta yang dikenali sebagai Hisham, 40 tahun berkata, dia amat memerlukan vaksin kerana dia perlu keluar bekerja seperti biasa setiap hari ini.
"Saya daftar untuk vaksin pada 14 Mac lagi tetapi hingga kini belum dapat temujanji untuk vaksinasi sebab itu saya datang juga hari ini sedangkan saya kemaskini maklumat setiap hari," katanya.
Hotel Wyndham antara 10 PPV yang terpilih bagi pemberian vaksin secara 'walk in' di Lembah Klang.
PPV lain adalah PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC) Selain itu, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.