BERNAMA
PH berkata gabungan itu
akan menjadi pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan,
teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.
Pakatan Harapan (PH) akan mempertimbangkan pelawaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, untuk blok tersebut menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama hari ini menyatakan, ia penting untuk bersama-sama menangani pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi, serta bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan Kerajaan semata-mata.
Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri pada Ahad lalu, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.
Kenyataan itu juga menyatakan, fokus PH ini adalah untuk menjadi pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.
Pada masa sama, membentangkan cadangan-cadangan alternatif yang
bersesuaian kepada dasar-dasar Kerajaan, terutama berkait usaha
menangani Covid-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan
nyawa dan mata pencarian rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.