Menerima panggilan kecemasan khidmat khas ancaman ular pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Kedah, bergegas ke lokasi kejadian.
Namun sebaliknya, operasi pencarian menjadi sesuatu yang lucu apabila sebenarnya hanya seekor ketam nipah yang ditemui.
Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.02 pagi dan tiba di sebuah kediaman di Kampung Alor Janggus, Alor Setar kira-kira 15 minit kemudian.
"Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapatkan maklumat dan buat pemantauan serta pencarian di kawasan yang dilaporkan (kawasan dapur).
"Memang terdapat pergerakkan dan benda bergerak di bahagian rak pinggan mangkuk.
"Apabila kerja-kerja penyelamatan dilakukan mendapati ia hanyalah seekor ketam nipah yang terlepas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Tambah Ahmad Naufal, ketam nipah tersebut dibeli oleh tuan rumah tersebut dan salah seekor terlepas daripada ikatannya.
"Ini perkara biasa dalam tugasan pasukan penyelamat, apa yang penting orang awam membuat panggilan kecemasan sekiranya berdepan perkara yang dianggap mengancam nyawa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.