Israr Khalid
JOHARI: Sudah nama pun ahli politik, tidak dapat dihentikan daripada berbicara soal kuasa dan kedudukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Rakyat secara amnya mahu sidang Parlimen yang akan bermula tidak lama
lagi menumpukan perbincangan mencari penyelesaian kepada masalah
kritikal hari ini dan berhenti berpolitik.
Bagaimanapun,
menurut Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, mereka tidak
dapat lari daripada sentimen politik kepartian apabila membuat dasar di
Dewan Rakyat.
“Sebab itulah hakikatnya. Politik ini memandu perbincangan kita kerana setiap parti mempunyai prinsip masing-masing.
“Jadi
sebagai seorang wakil rakyat apatah lagi saya sebagai Ketua Whip,
tentulah saya akan membawa polisi parti saya berkenaan isu-isu
tertentu.
“Ini
akan memandu kita juga bagaimana kita menyokong atau menolak satu-satu
Rang Undang-Undang yang diusulkan oleh kerajaan,” jelasnya.
Kata
Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu, harus diingat peranan pembangkang
ialah untuk mengimbangi apa yang dibawa oleh kerajaan kerana tidak
semuanya betul, maka harus ada pihak yang menegur dan memberi pandangan
berbeza.
Namun dalam hal pandemik
COVID-19 ini jelas beliau, pihak pembangkang tidak pernah menentang apa
yang diusulkan kerajaan antaranya berkenaan perancangan untuk membeli
vaksin lebih awal tempoh hari.
Beliau
turut memberi contoh isu Palestin di mana semua pihak bersatu hati
menentang dan mengutuk kekejaman rejim Zionis yang membedil Syeikh
Jarrah tempoh hari.
Maka jelas Johari,
pembangkang tidaklah selamanya dan sepanjang masa menentang kerajaan
hanya kerana prinsip asas parti yang berbeza.
“Maknanya
di sini ada kalanya kita akan menyokong habis-habisan kerana kita
melihat kepentingan awam itu menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.
“Jangan dilihat oleh kerana dia pembangkang dia akan menentang dengan semberono.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.