Hanya guna pakai sijil digital di MySejahtera, kad vaksinasi dari PPV
BANGI – Kerajaan hari ini menafikan penggunaan kad fizikal bercetak bagi individu yang lengkap suntikan vaksin COVID-19 seperti dijual di pasaran yang tular di media sosial.
Perkara itu dimaklumkan menerusi pemakluman berita palsu Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), hari ini.
Menerusi kenyataan itu, kerajaan menjelaskan kad fizikal yang dijual berkenaan tidak diiktiraf atau diterima sebagai bukti telah melengkapkan dos suntikan vaksin buat masa ini.
Bagaimanapun, kerajaan masih menunggu kelulusan Kabinet untuk mengeluarkan MY Covid-19 Vaccination Badge.
“Sebaliknya, ketika ini hanya menggunapakai sijil digital di aplikasi MySejahtera dan kad vaksinasi diterima oleh individu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Orang ramai disaran untuk sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.