COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka memaklumkan mengenai penemuan bongkah batu nilam bintang terbesar di dunia di belakang rumah seorang penduduk.
Seorang pedagang permata berkata, batu itu ditemukan oleh pekerja yang sedang menggali perigi di rumahnya di Ratnapura.
Menurut pakar, batu yang berwarna biru pucat itu dianggarkan bernilai AS$100 juta (RM400 juta) di pasaran antarabangsa.
Bongkah batu itu memiliki berat 510 kilogram dan diberikan nama ‘Serendity Sapphire’.
Pemilik batu itu, Gamage berkata kepada BBC, individu yang menggali perigi memberitahunya tentang penemuan beberapa batu yang ganjil.
Pemilik batu itu enggan mendedahkan lokasi tempat batu itu dijumpai atas alasan keselamatan.
Katanya, ia memerlukan masa selama lebih setahun untuk membersihkan batu yang dipenuhi lumpur itu sebelum dapat menganalisis dan mengesahkan penemuan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.