Hotel terkenal itu manamatkan operasinya selepas 29 tahun menawarkan perkhidmatannya dalam sektor perhotelan negara.
Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan operasinya akan ditutup pada 1 September tahun ini, mengatakan ia akan menawarkan skim pemisahan sukarela (VSS) kepada pekerja-pekerjanya.
Dalam surat kepada pekerjanya, pengurus besar hotel, Noorazzudin Omar berkata pihak pengurusan tidak memiliki pilihan yang banyak untuk meneruskan operasinya dan memutuskan untuk menutup operasi hotel tersebut.
“Kami sudah capai keputusan selepas mempertimbangkan keadaan semasa dan semua pilihan yang ada.
“Dengan rasa kesal kami ingin memakluman keputusan untuk menutup operasi kami dijangka pada 1 September 2021,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini,” katanya.
Beliau turut menambah, walaupun hotel itu digunakan sebagai pusat kuarantin bagi pengurusan wabak Covid-19, mereka masih menanggung kerugian dalam operasi bulanannya.
“Di sini juga, kami inginkan memaklumkan pihak hotel akan menawarkan kepada pekerja-pekerja skim pemisahan sukarela (VSS).
“Pihak sumber manusia akan menghubungi anda dalam masa terdekat.” katanya.
Hotel mewah 23 tingkat itu merupakan antara tempat terkenal di Kuala Lumpur. Pembinaannya selesai pada tahun 1992 dan menjalani beberapa naik taraf sejak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.