Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dalam kehidupan. Sama ada berpisah hidup atau mati, antara manusia mahupun haiwan, kehidupan tetap perlu diteruskan.
Demikian halnya dengan seorang lelaki di Indonesia yang mendapat pelbagai reaksi di media sosial selepas terpaksa berpisah dengan lembu kesayangannya dipercayai akibat desakan hidup.
Hantaran video yang dikongsi kumpulan Facebook Info Kutai Kartanegara itu dihujani ratusan ribu tanda suka dan ribuan komen yang antara lain tersentuh melihat tangisan lelaki tersebut sebelum berpisah dengan lembu hitam kesayangannya yang dipanggil Malika.
“Dibela sejak kecil dengan penuh kasih sayang hampir tiap hari ketemu dan udah dianggap seperti anak sendiri, tapi mungkin kerana kebutuhan ekonomi juga bapak ini harus menjual sapinya meskipun dengan tangisan penuh kasih sayang,” demikian antara coretan hantaran tersebut.
Dalam video itu, pemilik seekor lembu hitam dilihat mengusap-ngusap dan memeluk lembunya di atas sebuah lori.
Lelaki itu juga sempat naik di belakang haiwan kesayangannya itu sambil mengusapnya dan menangis penuh hiba sebelum turun dari lori tersebut.
“Melihat keadaan ini, menitis air mataku. Sabar ya pak nanti diganti dengan yang lebih baik lagi oleh Allah SWT,” kata warganet Titin Maria.
Andra Fahreza pula berkata, “Dibela sejak kecil sampai sebegitu besar yang tidak tahu rasanya memelihara binatang dari kecil, mana tahu rasanya melepaskan haiwan kesayangannya.”
“Bapaknya menangis, si ibu di dalam rumah mengira wang, kejamnya dunia,” kata Chopper berjenaka.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 226,000 tanda suka dan dikongsi lebih 27,000 warganet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.