Jumaat, 30 Julai 2021

Empat hari bersidang pembangkang tak beri idea bantu tangani Covid-19


Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

Setelah empat hari persidangan khas Dewan Rakyat berlangsung, blok pembangkang dan sekutu mereka terdiri daripada beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO dilihat hanya pandai bercakap, tetapi tidak memberi idea untuk membantu menangani kes Covid-19.

Cadangan asal persidangan khas Parlimen antara lain bertujuan membincang dan menangani penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan sekarang ini.

Sebaliknya MP pembangkang memanfaatkan sepenuhnya persidangan khas Parlimen yang bermula Isnin lalu bagi merealisasikan agenda politik mereka dengan mempertikaikan beberapa isu tidak penting.

“Malangnya sehingga empat hari persidangan berlangsung tiada idea dilontar pembangkang bagi membantu kerajaan tujuan itu,” kata Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Zawawi Salleh.

Beliau berkata, sehingga sekarang tidak nampak lagi idea baru yang dikongsi MP pembangkang di dalam Dewan Rakyat yang dapat membantu kerajaa, terutama Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penuralan Covid-19.

KKM hari ini memaklumkan sebanyak 17,179 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif kepada 1,078,646 kes sejak wabak Covid-19 menular di negara ini awal tahun lalu.

Berdasarkan data dikeluarkan KKM hari ini, sembilan negeri merekodkan peningkatan kes.

“Saya amati sepanjang persidangan tiada ada idea menarik daripada pembangkang yang boleh membantu KKM untuk berdepan dengan wabak tersebut. Cuba bagi idea baru yang KKM belum lagi laksanakan.

“Sebaliknya dalam masa yang sama mereka menuntut diadakan persidangan parlimen yang lebih panjang,” katanya pada persidangan khas Parlimen hari ini.

Sebelum itu Dr Nik Zawawi bangun membangkit peraturan dewan bagi meredakan keadaan ketika persidangan yang baru bermula, namun gamat dengan lagak pembangkang.

Beliau berkata apa yang berlaku ialah pembangkang banyak membazirkan masa dengan mengungkitkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan penerangan yang diberi menteri.

“Pembangkang menghabiskan masa dengan membincangkan perkara-perkara lain di luar agenda yang ditetapkan urusan persidangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.