KUALA LUMPUR: Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar dan pembaca berita Buletin Utama di TV3, Hawa Rizwana kini bergelar penyampai radio apabila bakal mengendalikan slot pagi di Kool FM.
Gandingan kali pertama Ally dan Hawa yang dikenali penonton televisyen menerusi platform radio pastinya memberi kejutan yang menarik.
Selain Ally dan Hawa, pelakon dan pelawak popular, Douglas Lim antara wajah baharu diperkenalkan dalam rangkaian radio Media Prima Berhad (MPB), RIPPLE bermula Isnin ini.
Semalam, Hot FM terlebih dahulu membuat kejutan memperkenalkan penyampai radio popular dan berpengalaman, Fara Fauzana sebagai rakan gandingan, AG Azmeer dan Fad Bocey menerusi slot Geng Pagi Hot (GPH).
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, RIPPLE mengumumkan barisan penyampai radio bagi segmen pagi untuk rangkaian radio, hari ini.
Douglas dipilih bergandingan dengan bekas juara program Flydol yang juga penyanyi dan penulis lirik, Ili mengendalikan slot pagi di Fly FM. Mereka akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat.
Douglas pastinya menggunakan kelebihan dan pengalaman sebagai pelawak, pelakon, pengacara serta 'stand up' komedi menerusi platform radio pula. Gandingannya bersama Ili yang mewakili generasi muda pasti memberi kelainan.
One FM pula masih mengekalkan penyampai radio sedia ada, Angeline yang bergandingan dengan penyampai radio berpengalaman, Royce.
Royce yang juga penyampai radio berbahasa Cina mengambil keputusan kembali ke dunia penyiaran radio selepas empat tahun berehat.
Hot FM berharap dapat memberikan sesuatu yang lebih segar dan menyampaikan isi kandungan menarik buat pendengar.
Untuk maklumat, stesen One FM dan Kool FM akan dikenali dengan jenama baharu bermula Isnin ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio MPB, Nazri Noran
mengumumkan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi. Ia
termasuk perubahan kandungan dan barisan penyampai untuk semua rangkaian
stesen radio pada 19 Julai lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.