Kedua-dua suspek berasal dari Belanda, Myanmar
BANGI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.
SPRM berkata, individu pertama , Peter Jan Eimers, 61, yang juga lelaki warga Belanda memegang passport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No. 14, Preston Road, Singapore 117612.
Katanya, individu terbabit dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-2168343 atau 03-762 5446 atau emel kepada zabir.sharif@sprm.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, SPRM berkata, individu kedua yang sedang dikesan adalah Jaber Hamid Husson, 28, yang juga seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.
Katanya, individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400, Seremban, Negeri Sembilan.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-9541048 atau 06-7625446 atau emel kepada shaminaizat@sprm.gov.my,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.