Sebanyak 7,593,179 dos vaksin diberikan kepada penduduk di negara ini melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), sehingga malam tadi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Melalui ciapan di Twitter beliau berkata daripada jumlah itu, 16.7 peratus membabitkan 5,463,28 penerima vaksin dos pertama dan 2,130,051 atau 6.5 peratus penerima vaksin dos kedua.
“Sebanyak 197,274 dos vaksin diberikan semalam dengan 154,279 membabitkan penerima dos pertama manakala bakinya, 42,995 penerima dos kedua,” katanya.
Tiga negeri mencatat lebih sejuta penerima dos vaksin semalam, didahului Sarawak dengan 1,232,275, Selangor (1,156,052) dan Kuala Lumpur (1,137,626).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.