KOTA KINABALU : Kegembiraan sekumpulan remaja bermandi-mandi bertukar menjadi tragedi apabila empat daripada mereka dilaporkan hilang dan dipercayai lemas dalam kejadian di kawasan laut berhampiran Kampung Contoh, Petagas dekat sini petang tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6 petang dan dua kumpulan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.
Kejadian melibatkan empat remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama sekumpulan lagi kanak-kanak di kawasan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan mangsa sedang dijalankan oleh pasukan bomba secara pencarian di permukaan (surface searching)
Pasukan penyelamat di air (PPDA) BBP Kota Kinabalu turut digerakkan bagi membantu operasi SAR.- UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.