Ahad, 27 Jun 2021

“Dah kenapa nak jadi perempuan” – Giliran Dini Schatzmann kena kecam?

Oleh Media Mulia

KUALA LUMPUR: Pelakon Marry Me Senorita, Dini Schatzmann tular di media sosial apabila video memaparkan dia memakai pakaian wanita untuk mempromosi produk kecantikan mendapat kecaman warganet.

Video yang dimuat naik di Instagramnya itu mengundang kecaman apabila ada segelintir peminat kurang senang dengan tindakan Dini yang juga teman lelaki pelakon, Janna Nick memakai pakaian wanita berwarna merah jambu.

Cheap marketing. Lepas itu ramai pula yang suka. Mula-mula orang gelak, sebab itu benda ini makin menjadi-jadi. Tak mampu berkata apa-apa,” kata salah seorang pengguna Instagram.

Malah, ada juga komen yang mengaitkan tekanan ketika pandemik sebagai punca Dini berpakaian seperti wanita.

“Dah kenapa nak jadi perempuan pula? Pelik-pelik lah lelaki sekarang ini,” komen seorang pengguna Instagram,

Setakat ini, video tersebut mencatat hampir 200,000 tontonan dan ratusan komen daripada warganet.

Janna turut meninggalkan komen terhadap video tersebut.

“I feel so broken (saya rasa terlalu sedih),” tulis Janna.

Dini segera membalas komen itu dengan mengatakan dia akan membelikan rambat palsu berwarna merah jambu untuk teman wanitanya itu juga kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.